Keselamatan

Keselamatan

Untuk menjamin keselamatan Kampung Pinang, Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) telah ditubuhkan. Selain menjaga hak asasi dan keselamatan penduduk kampung, sebuah pondok pengawal disediakan di jalan masuk ke Kampung Pinang. Kebiasaannya, RELA membuat rondaan pada sebelah malam bagi memastikan kawasan sekolah dan kampung sentiasa dalam keadaan selamat.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kejadian jenayah yang serius berlaku di sini. Keamanan Kampung Pinang sentiasa terpelihara kerana penduduknya sering bekerjasama dan prihatin terhadap masalah sekeliling. Kebiasaannya, penduduk di Kampung Pinang akan membuat laporan dan merujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Samarahan sekiranya berlaku jenayah yang serius.