Sejarah

Sejarah

Kampung Pinang yang terletak di hulu Sungai Tuang dibuka sekitar tahun 1930-an. Menurut kisah, kawasan kampung ini mula diterokai oleh tujuh buah keluarga. Nama Kampung Pinang diambil bersempena dengan sejarah kawasan tersebut yang ditumbuhi banyak pokok pinang. Penduduk awal di kampung ini dipercayai menggunakan batang pinang termasuklah daun pinang sebagai bahan untuk mendirikan rumah.

Setelah hampir 100 tahun, kini Kampung Pinang banyak mengecapi perubahan dan kemajuan. Dahulu, penduduk Kampung Pinang sukar untuk mendapatkan bekalan asas kerana tiadanya kemudahan jalan raya. Ketika itu, mereka terpaksa menggunakan perahu untuk pergi ke Kuching.

Kampung Pinang adalah sebuah perkampungan melayu yang didiami seramai 1,989 orang penduduk. Jumlah pintu rumah adalah sebanyak 221. Kampung ini diketuai oleh Tuan Hj Semawi bin Hj Sulong dan di bantu oleh ahli jawatankuasa jkkk yang lain.

Keadaan di kampung Pinang 2015

 

Temubual Sejarah Kg Pinang

https://www.youtube.com/watch?v=esv55pSipHk