mcmc
Aktiviti Semasa

BAZAR & BELAJAR @ NADI

Bazar Raya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang diadakan serentak di 1,077 NADI seluruh negara hari ini mampu membantu usaha kerajaan untuk memperkasakan aspek keusahawanan dalam kalangan komuniti setempat.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata inisiatif di bawah Program Perkhidmatan Pintar NADI anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) itu membabitkan penyertaan lebih 5,000 usahawan.

Di NADI Kampung Pinang berjaya membawa 4 usahawan untuk mempromosikan produk mereka dan mendapat banyak tempahan sempena Hari Raya. Pada masa yang sama beberapa webinar dan live perkongsian dari pihak NADI juga turut ditayangkan dan mendapat perhatian dari para pengunjung.