Kisah Kejayaan

CELIK IT – AZWAN AZIZI BINTI ABDULLAH

CELIK IT – AZWAN AZIZI BIN ABDULLAH

BELAJAR MELAYARI INTERNET, ADVOKASI & MENAIP.

Nama

: AZWAN AZIZI BINTI ABDULLAH

Umur

: 13 tahun

Ahli

: 2018

Latar belakang

Azwan Azizi merupakan seorang pelajar tahun 13 yang bersekolah di SMK Kota Samarahan, Sarawak. Azwan merupakan salah seorang ahli PEDi yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi Kg Pinang. Azwan juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas PEDi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan pembelajaran akademik di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum berkunjung ke PEDi Kg Pinang, pengetahuan Azwan dalam bidang ICT amat lemah. Azwan tidak begitu mahir menggunakan komputer serta perisian yang terdapat pada komputer. Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, Azwan mengalami kesukaran untuk mencari bahan ilmiah untuk aktiviti pembelajaran di sekolah. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke PEDi Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas PEDi untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Azwan setelah mengikuti beberapa kelas ICT di PEDi iaitu Azwan kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran. Antara program yang Azwan sertai di PEDi ialah Kursus Asas ICT, Kursus Asas Komputer,, E-pembelajaran dan lain-lain lagi. Oleh itu, beliau sering diberi tunjuk ajar oleh petugas PEDi dalam bidang akademik melalui kelas E-pembelajaran, carian maklumat secara berhemah. Kini, Azwan merupakan ahli yang sangat aktif mengikuti aktiviti, program dan perkembangan di PEDi selain menghadiri kelas ICT yang dikendalikan oleh petugas di PEDi. Azwan juga sering berkunjung ke PEDi untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh PEDi.