Kisah Kejayaan

CELIK IT – MOHAMAD FAIZZUDIN BIN SAMAN

CELIK IT – MOHAMAD FAIZZUDIN BIN SAMAN

BELAJAR INTERNET, PERISIAN KOMPUTER, & MENAIP.

Nama

: MOHAMAD FAIZZUDIN BIN SAMAN

Umur

: 12 tahun

Ahli

: 2019

Latar belakang

Mohamad Faizzudin merupakan seorang pelajar tahun 6 yang bersekolah di SK Pinang, Sarawak. Mohamad Faizzudin merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Mohamad Faizzudin kerap berkunjung di Pusat Internet bersama rakan-rakannya untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari bahan ilmiah dan mengisi waktu lapang di Pusat Internet. Mohamad Faizzudin juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas Pusat Internet untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan pembelajaran akademik di sekolah. Selain itu, melalui kemudahan teknologi komputer dan internet yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Pinang, Mohamad Faizzudin dapat mencari maklumat dan bahan untuk pembelajaran akademik dan lain-lain lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum berkunjung ke Pusat Internet Komuniti Kg Pinang, pengetahuan Mohamad Faizzudin dalam bidang ICT amat lemah. Mohamad Faizzudin tidak begitu mahir menggunakan komputer serta perisian yang terdapat pada komputer. Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, Mohamad Faizzudin mengalami kesukaran untuk mencari bahan ilmiah untuk aktiviti pembelajaran di sekolah. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Komuniti Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas Pusat Internet untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pusat Internet Komuniti Kampung Pinang telah banyak membantu Mohamad Faizzudin untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet terutamanya pengenalan terhadap komputer dan peralatan serta perisian yang berkaitan dengan komputer. Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Mohamad Faizzudin setelah mengikuti beberapa kelas ICT di Pusat Internet iaitu Mohamad Faizzudin kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran. Antara program yang Mohamad Faizzudin sertai di Pusat Internet ialah Kursus Asas ICT, Kursus Asas Komputer,, E-pembelajaran dan lain-lain lagi. Mohamad Faizzudin juga sering berkunjung ke Pusat Internet untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Contohnya, Program kesedaran Covid19, Program Advokasi, program vaksinasi serta pelbagai program lain yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Pinang. Kini, Mohamad Faizzudin menjadi seorang yang berkeyakinan diri kerana tahap pngetahuan ICT semakin baik dan mampu berdikari menggunakan kemudahan ICT yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Pinang.