Kisah Kejayaan

CELIK IT – NUR SYIFA ZULAIKA BINTI ABDUL RAUB

CELIK IT – NUR SYIFA ZULAIKA BINTI ABDUL RAUB

BELAJAR INTERNET, MENAIP, MULTIMEDIA & PERKAKASAN KOMPUTER

Nama

: NUR SYIFA ZULAIKA BINTI ABDUL RAUB

Umur

: 10 TAHUN

Ahli

: 2020

 

Latar belakang

Nur Syifa merupakan seorang pelajar tahun 4 yang bersekolah di SK Pinang, Sarawak. Nur Syifa merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sering berkunjung ke PEDi bersama-sama rakannya untuk melayari internet. Nur Syifa kerap berkunjung di PEDi bersama rakan-rakannya untuk menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari bahan ilmiah dan mengisi waktu lapang di PEDi. Kini, Nur Syifa merupakan salah seorang ahli PEDi yang aktif mengikuti perkembangan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi Kg Pinang. Nur Syifa juga kerap menghadiri kelas-kelas ICT yang dikendalikan petugas PEDi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam bidang ICT untuk tujuan pembelajaran akademik di sekolah. Selain itu, melalui kemudahan teknologi komputer dan internet yang disediakan oleh PEDi Kampung Pinang, Nur Syifa dapat mencari maklumat dan bahan untuk pembelajaran akademik dan lain-lain lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum berkunjung ke PEDi Kg Pinang, pengetahuan Nur Syifa dalam bidang ICT amat lemah. Nur Syifa tidak begitu mahir menggunakan komputer serta perisian yang terdapat pada komputer.

Oleh kerana tidak mahir menggunakan komputer, Nur Syifa mengalami kesukaran untuk mencari bahan ilmiah untuk aktiviti pembelajaran di sekolah. Oleh itu, beliau sering berkunjung ke PEDi Kampung Pinang untuk mendapat tunjuk ajar dari petugas PEDi untuk belajar mengenai komputer dan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas PEDi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

PEDi Kampung Pinang telah banyak membantu Nur Syifa untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT melalui kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh PEDi terutamanya pengenalan terhadap komputer dan peralatan serta perisian yang berkaitan dengan komputer. Terdapat banyak perubahan yang positif terhadap Nur Syifa setelah mengikuti beberapa kelas ICT di PEDi iaitu Nur Syifa kini sudah mahir menggunakan komputer dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat akademik serta membuat latihan dan aktiviti pembelajaran. Menurut Nur Syifa juga, PEDi juga menyediakan kemudahan fotostat, pencetakan, imbasan pencetak yang memudahkan Nur Syifa untuk mencetak latihan yang telah dibuat kerana PEDi Kg Pinang yang tidak terletak jauh dari rumahnya berbanding dengan kedai pencetak yang dikunjunginya sebelum ini yang terletak jauh dari rumahnya. Kini, Nur Syifa menjadi seorang yang berkeyakinan diri kerana tahap pngetahuan ICT semakin baik dan mampu berdikari menggunakan kemudahan ICT yang disediakan oleh PEDi Kampung Pinang.