Penduduk kampung pinang tidak terlepas daripada menikmati kemudahan kesihatan. Klinik kesihatan Samarahan yang merupakan klinik kerajaan menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan kepada setiap peringkat umur. Kebanyakan penduduk di Samarahan menerima perkhidmatan dari klinik tersebut. Selain itu, terdapat banyak klinik swasta yang dibina berdekatan kampung pinang.