Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – CIK SELMAH BINTI BADUSUKU

KEUSAHAWANAN – CIK SELMAH BINTI BADUSUKU

USAHAWAN PRODUK TUPPERWARE

Nama

: CIK SELMAH BINTI BADUSUKU

Umur

: 39 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Cik Selmah merupakan seorang usahawanan yang giat menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan jenama Tupperware secara online.Beliau memulakan perniagaannya atas dorongan rakan-rakan yang giat menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan di atas talian secara kecilan terlebih dahulu. Dengan dorongan rakan-rakannya, ibu bapa dan perasaan ingin mencuba menceburkan diri dalam perniagaan telah membuat beliau ingin menjalankan perniagaan ini.Oleh itu, beliau telah pergi ke Pusat Internet Kampung Pinang setelah mengetahui Pusat Internet ada menyediakan latihan dan bimbingan untuk golongan usahawan dan belia.Beliau mendapat maklumat mengenai Pusat Internet melalui rakannya yang telah mengikuti beberapa kelas & latihan keusahawanan di Pusat Internet Kampung Pinang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum Cik Selmah mengenali Pusat Internet, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT tidak memuaskan. Beliau tidak begitu mahir menggunakan komputer/telefon untuk membuat promosi barang online. Beliau juga amat sukar untuk mempromosikan produk perniagaannya melalui media sosial kerana tidak mempunyai pengalaman & latihan keusahawanan yang betul untuk beliau mempromosikan produk perniagaannya

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pusat Internet Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, perisian komputer yang lain dan menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet Kg Pinang.Beliau telah menghadiri kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Kg Pinang iaitu kelas ICT Microsoft Office, Latihan Keusahawanan & Dashboard Komuniti yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas- kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara membuat halaman facebook untuk mempromosikan perniagaannya memandangkan Cik Selmah masih baru dalam bidang perniagaan. Melalui pembelajaran perniagaan secara online melalui Facebook & Whatsapp beliau mula belajar menggunakannya Facebook & Whatsapp untuk mempromosikan produk Tupperware. Pengetahuan dan kemahiran ICT beliau semakin baik dan ini telah memudahkan beliau untuk menjalankan perniagaan dengan lebih mudah dan cepat.