Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – DAYANG NURFATIHAH BT ABG JUNIT

KEUSAHAWANAN – DAYANG NURFATIHAH BT ABG JUNIT (2) (2023)

USAHAWAN BARANG MAKAN (BURGER & NASI AYAM)

Nama

: DAYANG NURFATIHAH BT ABG JUNIT

Umur

: 31 tahun

Ahli

: 2022

Latar belakang

Puan Dayang merupakan seorang usahawanan yang giat menjalankan perniagaan barang makanan.

Beliau memulakan perniagaannya atas minat yang mendalam dalam bidang makanan burger dan nasi ayam disampengan dorongan keluarga, rakan-rakannya serta pelanggan dan perasaan ingin mencuba menceburkan diri dalam perniagaan telah membuat beliau ingin menjalankan perniagaan ini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum Puan Dayang mengenali PEDi, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT tidak begitu baik. Beliau tidak begitu mahir tentang kemahiran mempromosikan produk & menggunakan komputer/telefon untuk membuat promosi barang online video promosi,poster jualan & lain-lain lagi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi Kampung Pinang telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terumanya dalam menggunakan microsoft office, perisian komputer yang lain dan menggunakan kemudahan internet di PEDi Kg Pinang. Beliau juga telah menghadiri kelas yang dianjurkan di PEDi Kg Pinang iaitu kelas Website, Latihan Keusahawanan, Kelas Fotografi, Bengkel Microsft Office, aplikasi Canva dan lain-lain yang dijalankan oleh petugas PEDi Kampung Pinang. Latihan yang dijalankan di kelas- kelas ini telah banyak memberi manfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara mempromosikan produk ke halaman facebook, membuat kertas keja, poster jualan, buku profile syarikat serta katalog kek yang memudahkan urusan beliau untuk mengurus perniagaannya. Melalui tunjuk ajar petugas, Puan Dayang telah dapat mengembangkan pengetahuan dan kemahiran ICT disamping kemahiran keusahawanan beliau menjalankan perniagaan dengan lebih lancar.