SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
OBJEKTIF PENUBUHAN : |
– Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
– Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
– Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
– Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
– Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN : |
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Pinang menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
– Pengenalan asas komputer
– Asas internet
– Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
– Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
– Latihan keusahawanan
WAKTU OPERASI
HARI |
JAM |
ISNIN – AHAD |
8 : 00 PAGI – 5 : 00 PETANG |
WAKTU REHAT
HARI |
JAM |
ISNIN – AHAD (JUMAAT) |
1 : 00 PETANG – 2 : 00 PETANG 12 : 30 TENGAHARI – 2 : 30 PETANG |
NAMA PETUGAS NADI KAMPUNG PINANG
PENGURUS
SITI NURFATIN HAZWANI BINTI ROMJI
NO. TEL : 011-16012869
PENOLONG PENGURUS
NUR SYUHADA BINTI JAMERI
NO. TEL : 012-8093437
ALAMAT PORTAL
ALAMAT PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Kampung Pinang,
94300 Kota Samarahan,
Sarawak.