PROGRAM I-HEALTH DAY 2016
Pada 22 November 2016, PEDi Kampung Pinang telah mengadakan Program i-Health Day dan Sukaneka di Perkarangan Sekolah SK Pinang. Program ini telah dijayakan oleh pelajar Tabika Kemas Kampung Pinang dan para ibu bapa pelajar. Sepanjang program ini diadakan, terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti senaman aerobik, pertandingan mewarna, pertandingan sukan antara pelajar Tabika dan pertandingan antara ibu-ibu pelajar. Para pengunjung dan peserta terdiri daripada Penghulu Kampung Pinang, AJK PEDi Kg Pinang, kanak-kanak Tabika kemas dan kanak-kanak Tabika Kemas Kg Pinang.
Program ini merupakan program Dashboard i-Health bersama komuniti dengan membuat ujian pemeriksaan kesihatan. Selepas bersukan, para peserta ibu-ibu boleh membuat ujian ‘blood pressure’. Selain itu, program ini memberi peluang kepada komuniti untuk menerapkan budaya suka dan menjadi komuniti yang akti. Ia juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk Kampung Pinang serta melahirkan komuniti yang sihat dan cergas.
Antara lukisan yg telah diwarnakan oleh kanak-kanak Tabika

Permainan membawa belon di kangkang oleh peserta berumur Tabika 6 tahun.

Pengunjung yang hadir turut membuat ujian pemeriksaan kesihatan

Membawa bola pinhpong dalam sudu.

Permainan meletakkain air dalam botol menggunakan sudu

Ucapan dan kata alu-aluan oleh Pengerusi AJK Kg Pinang

Program ini juga turut dibantu oleh para Skuad Kg Pinang

Penyampaian hadiah untuk pelajar yang menang

Penyampaian hadiah untuk peserta ibu-ibu yang telah terlibat

Penyampaian cenderahati untuk VIP

