Rekreasi & Pelancongan

Pelancongan

WhatsApp_Image_2022-03-25_at_09.55.16_1.jpeg

Kampung Pinang, Kota Samarahan merupakan salah sebuah perkampungan Melayu yang terletak lebih kurang 36 km dari Bandaraya Kuching. Kampung ini boleh dihubungi menggunakan jalan darat atau jalan sungai.

Kampung Pinang di hulu Sungai Tuang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan riadah. Berkunjung ke Kampung Pinang akan membawa keseronokan bagi kaki pancing. Hidupan sungai seperti ikan, udang dan ketam tidak tercemar kerana dilindungi oleh deretan pokok nipah dan bakau yang belum terusik.

Selain itu, pertanian juga merupakan salah sebuah aktiviti eko-pelancongan di kampong pinang. Sebelum ini, aktiviti pertanian yang diusahakan oleh penduduk kampung hanya sekadar untuk sara diri kerana geografinya yang berpaya serta sukar untuk dibangunkan. Bagaimanapun, Kampung Pinang turut menerima limpahan pembangunan apabila usaha proaktif Kerajaan Negeri Sarawak. Kerajaan Negeri telah berjaya melaksanakan pelan induk pembangunan yang komprehensif bertunjangkan falsafah politik pembangunan. Kini, Bahagian Samarahan telah membangun dengan pesatnya dan dikenali sebagai Pusat Ilmiah.

 

SEKARANG

 

DULU